
Utk Terima Lawatan Sambil Belajar Daripada Kor Suksis Uitm
Kuala Lumpur, 17 Februari 2020 – Unit Tindakhas (UTK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) berbesar hati menerima rombongan lawatan sambil belajar daripada mahasiswa dan jurulatih Kor Suksis dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Sabah serta Sarawak, di sini, pagi tadi.
Rombongan yang diketuai Pegawai Latihan Luar Kor Suksis UiTM cawangan Sabah, ASP M. Amran Pardi itu disambut mesra oleh Timbalan Komander Operasi UTK, ACP Mohamad Suzrin Mohd Rodhi di Dewan Theatrette, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Lawatan ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang pengenalan dan peranan fungsi tugas dalam UTK yang telah disampaikan oleh ACP Mohamad Suzrin. Rombongan turut diberi peluang untuk mengajukan soalan dalam menarik minat mereka untuk menyertai bidang kepolisan.
Mahasiswa dan jurulatih Kor Suksis dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Sabah dan Sarawak bergambar kenangan bersama Timbalan Komander Operasi UTK, ACP Mohamad Suzrin.
Timbalan Komander Operasi UTK, ACP Mohamad Suzrin Mohd Rodhi menyampaikan taklimat tentang pengenalan dan peranan fungsi tugas dalam UTK.
Sekitar taklimat berlangsung di Dewan Theatrette, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Sekitar sesi soal jawab berlangsung.
Timbalan Komander Operasi UTK, ACP Mohamad Suzrin Mohd Rodhi menerima cenderamata daripada Pegawai Latihan Luar Kor Suksis UiTM cawangan Sabah, ASP M. Amran Pardi.