Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Utk Juara Mara Lasak Jabatan Kdnka 2019

Diterbitkan: 12 Oct 2019 11.55 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Unit Tindakhas (UTK) dinobatkan selaku juara Ujian Latihan Mara Lasak Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) 2019 selepas berjaya mengenepikan 19 pasukan di Kem Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA), Semenyih, di sini, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/utk-juara-mara-lasak-jabatan-kdnka-2019
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 03:24 MYT

Kajang, 12 Oktober 2019 – Unit Tindakhas (UTK) dinobatkan selaku juara Ujian Latihan Mara Lasak Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) 2019 selepas berjaya mengenepikan 19 pasukan di Kem Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA), Semenyih, di sini, hari ini.

Cabaran berupa ujian ketahanan fizikal dan mental yang membabitkan larian sejauh 18 kilometer (km) sambil membawa beban seberat 11 kilogram itu menyaksikan pasukan UTK menamatkan larian dengan catatan masa 2 jam 59 minit dan 51 saat.

Manakala pasukan Batalion 4 PGA, Semenyih muncul naib juara dengan catatan masa 3 jam 17 minit dan 35 saat serta Batalion 7 PGA, Kuantan di tempat ketiga dengan catatan masa 3 jam 20 minit dan 35 saat.

Sementara itu, Pengarah Jabatan KDNKA, CP Dato’ Sri Acryl Haji Abdullah Sani dalam ucapan perasmiannya berharap agar program yang mengisi kalendar tahunan jabatannya itu dapat diteruskan pada masa yang akan datang.

“Program ini mampu memupuk semangat setia kawan dan kerjasama di antara peserta pasukan yang bertanding, membina karektor seseorang individu dan kumpulan serta merapatkan silaturahim di kawalangan warga Jabatan KDNKA,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, program tersebut juga merupakan sokongan kepada sambutan Bulan Sukan Negara PDRM 2019 yang dilancarkan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

Terdahulu, sejurus melepaskan para peserta mara lasak, beliau turut menyertai 200 warga Jabatan KDNKA berbasikal atau ‘Fun Ride’ sejauh 20 km.

Selain itu, program turut dipenuhi dengan pelbagai aktiviti termasuk pertandingan beyblade, ukir buah-buahan dan senamrobik.

Turut hadir, Timbalan Pengarah KDNKA (PGA), DCP Datuk Mastor Mohd Ariff, Timbalan Pengarah KDNKA (Pasukan Gerakan Khas), DCP Dato' Fisol Salleh, Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato’ Arjunaidi Mohd, SAC Kepolisan Am Jabatan KDNKA, SAC Dato’ Idris Abdullah, SAC (Perisikan/Siasatan Khas) Jabatan KDNKA, SAC Tuan Ooi Kee Heng, barisan Komander di bawah Jabatan KDNKA, pegawai-pegawai kanan serta rakan media.

Image may contain: 18 people, people smiling, people standing and crowd
Bergambar kenangan.
Image may contain: 3 people, people smiling, outdoor
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, CP Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani menyempurnakan acara pelepasan Ujian Latihan Mara Lasak Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA).
Image may contain: 4 people, people smiling, people riding bicycles, bicycle and outdoor
Sekitar pelepasan para peserta ‘fun ride’ sempena Ujian Latihan Mara Lasak Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA).
Image may contain: 4 people, people smiling, outdoor
Sekitar acara ‘fun ride’ sempena Ujian Latihan Mara Lasak Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA).
Image may contain: 2 people, people riding bicycles, bicycle and outdoor
Sekitar acara ‘fun ride’ sempena Ujian Latihan Mara Lasak Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA).
Image may contain: 2 people, people smiling, outdoor
Sekitar Ujian Latihan Mara Lasak Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA).

Image may contain: 1 person, standing, sky, outdoor and nature
Sekitar Ujian Latihan Mara Lasak Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA).
Image may contain: one or more people, sky, outdoor and nature
Sekitar Ujian Latihan Mara Lasak Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA).
Image may contain: 2 people, outdoor
Sekitar Ujian Latihan Mara Lasak Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA).
Image may contain: 3 people, people standing and outdoor
Sekitar Ujian Latihan Mara Lasak Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA).
 
 
 
 
Image may contain: 6 people, people standing and outdoor
Sekitar Ujian Latihan Mara Lasak Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA).
Image may contain: 8 people, people smiling, people standing and outdoor
Sekitar Ujian Latihan Mara Lasak Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA).
Image may contain: 5 people, people smiling, tree and outdoor
Sekitar Ujian Latihan Mara Lasak Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA).
Image may contain: 5 people, outdoor
Sekitar pertandingan beyblade anjuran Karnival Jualan Mara Lasak Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA).
Image may contain: 2 people, people smiling, people eating, people sitting, child and food
Sekitar pertandingan ukir buah-buahan berlansung.
Image may contain: 10 people, people standing and outdoor
Sekitar suasana Ujian Latihan Mara Lasak Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA).
Image may contain: 5 people, people smiling, people standing
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, CP Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani menyampaikan hadiah tempat ketiga kepada pasukan Batalion 7 PGA, Kuantan.
Image may contain: 7 people, people smiling, outdoor
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, CP Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani menyampaikan hadiah naib johan kepada pasukan Batalion 4 PGA, Semenyih.
Image may contain: 2 people, outdoor
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, CP Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani menyampaikan hadiah johan kepada pasukan Unit Tindakhas (UTK).
Image may contain: 3 people, people smiling, crowd and outdoor
Bergambar kenangan.
ArtikelDiterbitkan 12 Oct 2019 11.55 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM