
Artikel
Usaha Disiplin Dan Keselamatan Adalah Kunci Kejayaan Misi Kpn
Kuala Lumpur, 28 Januari 2026 – “Percayalah dengan usaha yang bersungguh-sungguh, disiplin yang tinggi serta semangat setiakawan yang kukuh, anda semua pasti a...
Kuala Lumpur, 28 Januari 2026 – “Percayalah dengan usaha yang bersungguh-sungguh, disiplin yang tinggi serta semangat setiakawan yang kukuh, anda semua pasti akan berjaya melaksanakan amanah negara ini dengan cemerlang,” demikian amanat oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail kepada 16 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terpilih menyertai Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Sudan Selatan.
Beliau menegaskan bahawa penglibatan PDRM dalam Misi Pengaman PBB bukan sekadar penugasan rutin, sebaliknya merupakan manifestasi kepercayaan komuniti antarabangsa terhadap profesionalisme, keupayaan serta integriti pasukan keselamatan negara dalam mendukung agenda keamanan sejagat.
Dalam amanat tersebut, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid turut mengingatkan agar setiap pegawai dan anggota sentiasa mengekalkan tahap disiplin, profesionalisme dan integriti yang tinggi sepanjang melaksanakan penugasan, di samping mengutamakan aspek keselamatan diri serta rakan setugas dalam persekitaran operasi yang mencabar.
Seramai 10 pegawai kanan dan enam pegawai rendah telah terpilih menyertai misi tersebut yang dijadualkan berlepas ke Sudan Selatan pada 31 Januari depan bagi menggantikan kontinjen terdahulu yang telah menamatkan penugasan pada Disember lalu.
Majlis penyampaian amanat dan atur gerak berkenaan telah berlangsung di Dewan Mes Pegawai Kanan Polis, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, sebagai persiapan akhir sebelum para pegawai dan anggota berlepas ke zon misi.
Hadir sama, Pengarah Pengurusan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah PDRM serta Setiausaha Polis Malaysia, DCP Abdul Rahman Kassim.
Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Khairunisa Ibrahim.