Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Upp Rampas Mercun Bernilai Rm16 000 Di Kuarters Kosong

Published: 17 Jun 2014 8.25 AM Updated: 15 Aug 2026 7.43 PM
Bukit Kayu Hitam, 2 Ogos - Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah merampas 40 unit mercun bernilai RM16,000 yang disimpan di sebuah kuarters guru di sini malam tadi...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/upp-rampas-mercun-bernilai-rm16-000-di-kuarters-kosong
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:23 MYT

Bukit Kayu Hitam, 2 Ogos - Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah merampas 40 unit mercun bernilai RM16,000 yang disimpan di sebuah kuarters guru di sini malam tadi.

Komander UPP Bukit Kayu Hitam ASP Shahidan Ladin berkata pemeriksaan di kuarters kosong pada pukul 9 malam itu dibuat hasil maklumat awam.

"Hasil pemeriksaan, kami menemui 40 unit mercun jenis Sunshine Firework dianggar bernilai RM400 setiap satu. Mercun itu dipercayai baru sahaja dibawa masuk dari Thailand menerusi lorong tikus," katanya kepada pemberita di Pejabat UPP Bukit Kayu Hitam di sini hari ini.

Shahidan berkata pihaknya percaya mercun itu untuk pasaran di negeri ini dan negeri jiran sempena perayaan Aidilfitri dan bulan kemerdekaan tidak lama lagi.
 
Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 8.25 AMUpdated 15 Aug 2026 7.43 PM