Upp Gagalkan Taktik Seludup Mercun Dan Bunga Api Waktu Berbu
Bukit Kayu Hitam, 16 Julai - Taktik menyeludup masuk pelbagai jenis
mercun dan bunga api ketika anggota Unit Pencegah Penyeludupan (UPP)
sedang berbuka puasa gagal setelah tertangkapnya dua lelaki berumur 29
dan 59 tahun malam tadi.
Komander UPP Bukit Kayu Hitam, ASP Shahidan Ladin berkata pihaknya merampas pelbagai jenis bunga api bernilai RM800 daripada dua kereta di kilometer 1.3 lebuhraya Utara-Selatan arah Changlun kira-kira 8.45 malam.
Katanya
hasil pemeriksaan terhadap kereta pertama, lelaki 29 tahun dari Pulau
Pinang, anggota UPP mendapati ada pelbagai jenis mercun dan bunga api
bernilai RM500 yang disorok di bawah tempat letak kaki penumpang
belakang.
Beliau
berkata pihaknya menemui pula mercun dan bunga api disorok di bawah
peralatan pertukangan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa dalam sebuah
lagi kereta jenis Proton Saga milik lelaki 56 tahun dari Alor Setar.
"Suspek
(59 tahun) seorang kontraktor kecil, dia sorok mercun dan bunga api di
bawah barang-barang kerja dia. Dia (pemandu kereta) juga turut seludup
30 bungkus tepung beras dan 75 kilogram beras pulut," katanya kepada
pemberita ketika ditemui di sini hari ini.
Shahidan
berkata pihaknya akan mengetatkan kawalan di pintu sempadan dan kawasan
sekitarnya terutama pada waktu berbuka bagi mengelakkan penyeludup
mengambil kesempatan untuk lolos masuk ke negara ini.
Katanya
kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967, jika sabit
kesalahan (barang larangan) boleh didenda 10 kali ganda nilai barangan
dan tidak lebih 20 kali ganda nilai barang atau tiga tahun penjara atau
kedua-duanya.
Sementara
itu, Shahidan berkata pihaknya juga turut merampas 500 liter petrol
bernilai RM950 yang cuba diseludup ke Thailand oleh rakyat negara itu
yang berumur 31 tahun.
Kenderaan
pikap yang mempunyai tangki tambahan di bahagian belakang dan depan itu
ditahan UPP Bukit Kayu Hitam di kilometer 1.3 lebuh raya Utara-Selatan
arah Thailand kira-kira 3.20 petang semalam.
Katanya
kes itu disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana
memiliki barangan kawalan, jika sabit kesalahan pertama bagi individu
denda sebanyak RM100,000 atau tiga tahun penjara dan kesalahan kedua
denda RM200,000 atau denda lima tahun penjara.
Sumber : BERNAMA