Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Update Video Tular Remaja Buli Warga Emas Direman Tiga Hari

Diterbitkan: 04 Oct 2020 10.50 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Pasir Puteh, 4 Oktober 2020 - Mahkamah Majistret Pasir Puteh hari ini membenarkan empat remaja berusia 15 hingga 18 tahun yang disyaki membuli seorang warga emas direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-video-tular-remaja-buli-warga-emas-direman-tiga-hari
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 04:42 MYT

Pasir Puteh, 4 Oktober 2020 - Mahkamah Majistret Pasir Puteh hari ini membenarkan empat remaja berusia 15 hingga 18 tahun yang disyaki membuli seorang warga emas direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Mohd Dinie Shazwan Ab Shukor ke atas remaja terbabit yang dipercayai membuli warga emas berusia 67 tahun di Banggol Pauh, Bekelam, Bachok, Khamis lalu.

Terdahulu, kesemua suspek yang memakai baju lokap tiba di perkarangan mahkamah pada jam 9.50 pagi tadi.

Dua daripada remaja terbabit berusia 16 hingga 18 itu merupakan anak sepupu kepada warga emas berkenaan menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok jam 2.30 petang semalam.

Bagaimanapun, dua lagi remaja lelaki berusia 18 dan 15 tahun termasuk perakam video tular itu ditahan selepas menyerah diri pada jam 5.30 petang hari yang sama.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.sinarharian.com.my/…/Remaja-buli-warga-emas-dir…

Sumber: Sinar Harian

Image may contain: 2 people, text that says 'Warga emas dibuli, lebam dilastik remaja Oleh ROHANA MOHD NAWI menahan berusia muddin dire- REMAJA LASTIK JARG
ArtikelDiterbitkan 04 Oct 2020 10.50 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM