Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Update Video Pilihan Warden Sekolah Gisbh Rotan Budak Penjara 10 Tahun

Published: 26 Sep 2024 6.58 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Klang, 26 September 2024 - Ekoran tindakan merotan dan menekan dada kanak-kanak seperti video yang tular sebelum ini, seorang warden sekolah agama milik Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-video-pilihan-warden-sekolah-gisbh-rotan-budak-penjara-10-tahun
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:37 MYT
Klang, 26 September 2024 - Ekoran tindakan merotan dan menekan dada kanak-kanak seperti video yang tular sebelum ini, seorang warden sekolah agama milik Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini.

Hakim Noridah Adam menjatuhkan hukuman ke atas Muhammad Barur Rahim Hisam, 23, selepas dia mengaku bersalah sebaik empat pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut keempat-empat pertuduhan itu, lelaki itu didakwa sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan terhadap tiga kanak-kanak lelaki berusia 10 dan 11 tahun menganiaya mereka dengan merotan dan menekan dada menggunakan lutut salah seorang mangsa yang mungkin menyebabkan kesemua mangsa mengalami kecederaan fizikal.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di dua premis di Bukit Raja, Klang Utara, di sini pada Jun, Julai dan September 2024.

Semua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,

Sumber: Berita Harian

Update Video Pilihan Warden Sekolah Gisbh Rotan Budak Penjara 10 Tahun
ArticlePublished 26 Sep 2024 6.58 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM