Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Update Video Pilihan Tiga Individu Gisbh Dituduh Eksploitasi Dan Amang Seksual Fizikal

Diterbitkan: 13 Oct 2024 6.31 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Sumber: Berita Harian Online
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-video-pilihan-tiga-individu-gisbh-dituduh-eksploitasi-dan-amang-seksual-fizikal
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:11 MYT
Update Video Pilihan Tiga Individu Gisbh Dituduh Eksploitasi Dan Amang Seksual Fizikal
Laman Utama / Artikel / Update Video Pilihan Tiga Individu Gisbh Dituduh Eksploitasi Dan Amang Seksual Fizikal
Kembali ke Pustaka
Artikel

Update Video Pilihan Tiga Individu Gisbh Dituduh Eksploitasi Dan Amang Seksual Fizikal

Sumber: Berita Harian Online
[UPDATE] VIDEO PILIHAN: TIGA INDIVIDU GISBH DITUDUH EKSPLOITASI DAN AMANG SEKSUAL FIZIKA

Kota Tinggi, 13 Oktober 2024 - Tiga individu yang mempunyai kaitan dengan GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan pemerdagangan orang dan melakukan amang seksual fizikal.
Tertuduh, Mahmad Hamal Tukiman, 57, dan Rabiahtul Adawiyah Md Shash, 31, yang masing-masing menghadapi empat pertuduhan pemerdagangan empat individu mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Hayda Faridzal Abu Hasan.

Berdasarkan semua kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh yang dipercayai pengurus sebuah resort GISBH bersama tiga lagi yang masih bebas iaitu Afizah Afizah Arifin, Mohamad Suhaimi Mohd Sani dan Norafiratul Abidah Ismail didakwa mencapai niat bersama memperdagangkan orang yang bukan kanak-kanak berusia antara 30 hingga 57 tahun.

Perbuatan ke atas tiga wanita dan seorang lelaki itu adalah bagi maksud eksploitasi kerja paksa dengan cara ancaman di Ikhwan Resort Kampung Air Bintan, Ladang Sungai Papan, Bandar Penawar, Pengerang di sini, antara Ogos 2023 hingga 1 Oktober lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda sehingga RM250,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../tiga-individu-berkait...

ArtikelDiterbitkan 13 Oct 2024 6.31 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM