Article
Update Video Pilihan Tiga Individu Gisbh Dituduh Eksploitasi Dan Amang Seksual Fizikal
Sumber: Berita Harian Online
[UPDATE] VIDEO PILIHAN: TIGA INDIVIDU GISBH DITUDUH EKSPLOITASI DAN AMANG SEKSUAL FIZIKA
Kota Tinggi, 13 Oktober 2024 - Tiga individu yang mempunyai kaitan dengan GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan pemerdagangan orang dan melakukan amang seksual fizikal.
Berdasarkan semua kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh yang dipercayai pengurus sebuah resort GISBH bersama tiga lagi yang masih bebas iaitu Afizah Afizah Arifin, Mohamad Suhaimi Mohd Sani dan Norafiratul Abidah Ismail didakwa mencapai niat bersama memperdagangkan orang yang bukan kanak-kanak berusia antara 30 hingga 57 tahun.
Perbuatan ke atas tiga wanita dan seorang lelaki itu adalah bagi maksud eksploitasi kerja paksa dengan cara ancaman di Ikhwan Resort Kampung Air Bintan, Ladang Sungai Papan, Bandar Penawar, Pengerang di sini, antara Ogos 2023 hingga 1 Oktober lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda sehingga RM250,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
