Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Update Video Pilihan Lelaki Israel Tiba Di Mahkamah Dengan Kawalan Ketat Polis 20240413

Published: 13 Apr 2024 4.02 AM Updated: 15 Aug 2026 8.19 PM
Kuala Lumpur, 12 April 2024 - Lelaki Israel, Shalom Avitan yang dikawal ketat Polis Diraja Malaysia (PDRM) tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, sebentar tadi untuk didakwa mengikut Akta Senjata Api.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-video-pilihan-lelaki-israel-tiba-di-mahkamah-dengan-kawalan-ketat-polis-20240413
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:51 MYT
Kuala Lumpur, 12 April 2024 - Lelaki Israel, Shalom Avitan yang dikawal ketat Polis Diraja Malaysia (PDRM) tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, sebentar tadi untuk didakwa mengikut Akta Senjata Api.
Konvoi kira-kira enam kenderaan polis diiringi dua motosikal berkuasa tinggi polis trafik membawa suspek berusia 38 tahun, tiba di perkarangan kompleks mahkamah pada jam 8.09 pagi, sebelum dibawa turun dari trak polis seterusnya masuk ke bangunan mahkamah pada jam 8.11 pagi.
Suspek yang dilihat memakai kemeja T tidak berkolar warna hitam, berseluar kargo hijau khaki dan memakai pelitup muka hitam diiringi lebih 15 anggota polis serta pasukan khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) lengkap dengan uniform taktikal dan bersenjata api.
Turut kelihatan hadir di mahkamah, Pengarah JSJ, CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../lelaki-israel-tiba-di...
Sumber:@Berita Harian

Update Video Pilihan Lelaki Israel Tiba Di Mahkamah Dengan Kawalan Ketat Polis 20240413
ArticlePublished 13 Apr 2024 4.02 AMUpdated 15 Aug 2026 8.19 PM