Artikel
Update Video Pilihan Lelaki Israel Tiba Di Mahkamah Dengan Kawalan Ketat Polis
Kuala Lumpur, 12 April 2024 - Lelaki Israel, Shalom Avitan yang dikawal ketat Polis Diraja Malaysia (PDRM) tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, sebe...
Kuala Lumpur, 12 April 2024 - Lelaki Israel, Shalom Avitan yang dikawal ketat Polis Diraja Malaysia (PDRM) tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, sebentar tadi untuk didakwa mengikut Akta Senjata Api.
Suspek yang dilihat memakai kemeja T tidak berkolar warna hitam, berseluar kargo hijau khaki dan memakai pelitup muka hitam diiringi lebih 15 anggota polis serta pasukan khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) lengkap dengan uniform taktikal dan bersenjata api.
Turut kelihatan hadir di mahkamah, Pengarah JSJ, CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
Sumber: Berita Harian

