Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Update Video Pilihan Ada Kecederaan Pada Leher Defensive Wounds Di Tubuh Zayn Rayyan Pengarah Jsj

Published: 08 Dec 2023 1.32 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Petaling Jaya, 8 Disember 2023 - Polis tidak menolak kemungkinan mayat kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6 dibunuh di lokasi lain sebelum diletakkan di sebuah anak sungai berhampiran Apartment Idaman, Damansara Damai, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-video-pilihan-ada-kecederaan-pada-leher-defensive-wounds-di-tubuh-zayn-rayyan-pengarah-jsj
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:15 MYT
Petaling Jaya, 8 Disember 2023 - Polis tidak menolak kemungkinan mayat kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6 dibunuh di lokasi lain sebelum diletakkan di sebuah anak sungai berhampiran Apartment Idaman, Damansara Damai, di sini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, misi mengesan suspek kini akan dibantu pasukan JSJ Bukit Aman, Ibu Pejabat Kontinjen Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.
Katanya, kes yang direkasifikasikan sebagai kes bunuh itu masih di bawah siasatan IPD Petaling Jaya.

“Pihak kami (Bukit Aman) turun petang ini untuk merencanakan operasi seterusnya bagi mengesan suspek yang masih terlalu awal untuk dirumuskan.
“Siasatan sebelum ini, kita telah melalui lokasi sama (kejadian) dan pada lewat malam hari kedua baru ditemui mangsa di sana.
“Kita boleh rumuskan bahawa mangsa tidak mati di lokasi kejadian. Mangsa mungkin mati di tempat lain dan diletakkan di situ,” katanya pada sidang akhbar khas di IPD Petaling Jaya, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut berhubung kesan kecederaan pada tubuh Zayn, Dato’ Sri Mohd Shuhaily memaklumkan bahawa terdapat kesan ‘defensive wound’ dipercayai mangsa bergelut dengan suspek.
“Kita kesan ada ‘defensive wound’ dan selain itu saya rasa demi menjaga maruah arwah dan keluarga, cukup itu sahaja saya kongsi.

“Dari maklumat kita temukan, Zayn dijangka dibunuh dalam tempoh 48 jam sebelum mayatnya ditemui dan dia bukan terbunuh kerana lemas sebaliknya menjurus kepada kesan ‘strangulation’ (kesan cedera pada leher),” katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.kosmo.com.my/.../video-zayn-rayyan-mungkin...

Sumber: Kosmo Online

Update Video Pilihan Ada Kecederaan Pada Leher Defensive Wounds Di Tubuh Zayn Rayyan Pengarah Jsj
 
 
ArticlePublished 08 Dec 2023 1.32 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM