Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Update Perlekeh Hari Jawi Polis Tahan Dua Lelaki

Published: 16 Jul 2020 2.42 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Shah Alam, 16 Julai 2020 - Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung komen mereka di media sosial berkaitan Hari Jawi pada setiap Jumaat yang diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-perlekeh-hari-jawi-polis-tahan-dua-lelaki
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:19 MYT
Shah Alam, 16 Julai 2020 - Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung komen mereka di media sosial berkaitan Hari Jawi pada setiap Jumaat yang diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Tuan Mior Faridalathrash Wahid berkata, lelaki berusia 25 tahun dan 35 tahun itu ditahan kelmarin dan semalam.

"Mereka masing-masing ditahan di Tanjung Rambutan, Perak dan Butterworth, Pulau Pinang dan kita masih mengesan seorang lagi individu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Senator Datuk Seri Dr. Zulkifli sebelum ini mengumumkan Jumaat sebagai Hari Jawi dalam usaha mengekal dan memperkasa sebahagian tradisi dan kebudayaan yang membentuk Malaysia sehingga hari ini.

Susulan pengumuman itu, beberapa netizen memuat naik komen yang menghina dan memperlekehkan usaha itu di laman sosial.
Sumber: Sinar Harian

Update Perlekeh Hari Jawi Polis Tahan Dua Lelaki
ArticlePublished 16 Jul 2020 2.42 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM