
Article
Update Penganggur Didakwa Bunuh Tiga Kucing Dalam Mesin Basuh
Kuala Lumpur, 16 Julai 2020 - Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang, di sini hari ini atas pertuduhan membunuh tiga kucing dengan melemaskan haiwa...
Kuala Lumpur, 16 Julai 2020 - Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang, di sini hari ini atas pertuduhan membunuh tiga kucing dengan melemaskan haiwan itu di dalam tiga mesin basuh di sebuah kedai dobi layan diri di Kepong, Ahad lalu.
Penganggur, Muhammad Najwan Zulkefli, 24, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Syafeera Mohd Said, bermula jam 9.30 pagi.
Mengikut kertas pertuduhan, Muhammad Najwan dengan kejamnya atau secara tidak munasabah membuat atau meninggalkan untuk melakukan apa-apa perbuatan menyebabkan kesakitan atau penderitaan tidak sepatutnya kepada tiga kucing.
Kesalahan itu dilakukan di Premis Dobi Layan Diri Atlantis, Blok 3, Desa Satu Apartment Desa Aman Puri, Kepong di Gombak, pada jam 5 hingga 6.30 pagi pada 12 Julai lalu.
Lelaki itu didakwa mengikut Subseksyen 29 (1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 29 (1) akta sama.
Sumber: Berita Harian
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN