Update Lelaki Bunuh Kucing Direman 4 Hari
Kuala Lumpur, 13 Julai 2020 - Lelaki berusia 30-an yang membunuh tiga kucing secara kejam dengan melemaskan haiwan itu dalam tiga mesin basuh di sebuah kedai dobi layan diri di Kepong, di sini, semalam direman selama empat hari.
Suspek kini ditahan dalam lokap polis selepas Mahkamah Majistret Selayang membenarkan permohonan Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk menahan reman susek bagi membantu siasatan mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Perkhidmatan Veterinar Dr Zainita Mohd Noor berkata, bangkai kucing itu sudah diambil untuk dibedah siasat bagi penyediaan laporan awal.
"Ia masih dalam siasatan dan proses penyediaan kertas laporan siasatan sedang dibuat," katanya ketika dihubungi.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut https://www.bharian.com.my/…/lelaki-bunuh-kucing-direman-4-…
Sumber: Berita Harian
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
