Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Update Kes Tular Empat Lelaki Halang Tugas Polis Di Plaza Tol Slim River Didakwa

Published: 20 Oct 2020 6.58 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Slim River, 20 Oktober 2020 - Empat lelaki yang rakaman videonya tular selepas memaki anggota polis di Plaza Tol Slim River dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan menghalang tugas seorang anggota polis Jumaat lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-kes-tular-empat-lelaki-halang-tugas-polis-di-plaza-tol-slim-river-didakwa
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 19:13 MYT
Slim River, 20 Oktober 2020 - Empat lelaki yang rakaman videonya tular selepas memaki anggota polis di Plaza Tol Slim River dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan menghalang tugas seorang anggota polis Jumaat lalu.

Mengikut pertuduhan, P. Panneerselvan, 32, S. Vijandran, 41, A. Sivakumar, 28, dan R. Durai Raaj, 25, didakwa dengan sengaja menghalang penjawat awam, Koperal Muhd. Shahrul Azuwan Ab. Manaf daripada menjalankan tugasnya sebagai anggota polis apabila tidak memberikan kerjasama setelah diberi amaran berulang kali untuk beredar serta gagal mengemukakan kad pengenalan.

Kesemua mereka yang tidak mempunyai kerja tetap itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di tepi jalan berhampiran Plaza Tol Slim River pada pukul 3.30 pagi 16 Oktober lalu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.kosmo.com.my/.../empat-lelaki-halang-tugas.../
Sumber:

ArticlePublished 20 Oct 2020 6.58 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM