Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Update Kes Culik Bunuh Datuk Seri Polis Buru Vikneswarar

Published: 29 Jun 2020 12.32 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Petaling Jaya, 29 Jun 2020 - Polis hari ini sedang mengesan seorang lagi individu dipercayai dapat membantu siasatan kes seorang ahli perniagaan bergelar “Datuk Seri”, yang mayatnya ditemui di Batu 27, Jalan Rawang Bestari Jaya pada 27 Jun lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-kes-culik-bunuh-datuk-seri-polis-buru-vikneswarar
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:29 MYT

Petaling Jaya, 29 Jun 2020 - Polis hari ini sedang mengesan seorang lagi individu dipercayai dapat membantu siasatan kes seorang ahli perniagaan bergelar “Datuk Seri”, yang mayatnya ditemui di Batu 27, Jalan Rawang Bestari Jaya pada 27 Jun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Dato’ Fadzil Ahmat berkata, individu berkenaan dikenali sebagai Vikneswarar Nagentiran atau Thamby atau Vinod, 28 tahun dan menetap di 587-144 New Green Park, Rawang, Selangor.

“Kepada orang ramai yang mempunyai maklumat sila salurkan kepada pegawai penyiasat kes, ASP Farouq Fakhzan Mohd Nordin, di talian 0172251403,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, Dato’ Fadzil berkata, pihaknya berjaya menahan seorang lelaki, Sheikh Ismail Sheikh Hassan pada 28 Jun jam 7.30 malam di Bukit Sentosa, Kuala Kubu Baru bagi membantu siasatan kes yang sama. Sheikh Ismail ketika ini ditahan reman selama 7 hari, bermula 29 Jun hingga 5 Julai depan.

Sebelum ini, Dato’ Fadzil juga berkata, polis sudah menahan 7 individu yang terdiri daripada 3 lelaki India, 3 lelaki Melayu dan seorang warganegara Bangladesh bagi membantu siasatan kes tersebut.

Bacaan lanjut di pautan akhbar terbitan Free Malaysia Today seperti berikut https://www.freemalaysiatoday.com/…/polis-kini-buru-thamby…/

Image may contain: one or more people, closeup and text
ArticlePublished 29 Jun 2020 12.32 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM