Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Update Keratan Akhbar Pilihan Pengurus Jaga Halang Tugas Maki Polis Didenda Rm3 000

Published: 23 Apr 2024 1.48 AM Updated: 15 Aug 2026 8.18 PM
Tindakan kurang ajar seorang pengurus pengawal keselamatan memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis di Balai Polis (BP) Bukit Jelutong, empat tahun lalu membawa padah apabila dia didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-keratan-akhbar-pilihan-pengurus-jaga-halang-tugas-maki-polis-didenda-rm3-000
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:21 MYT
Shah Alam, 23 April 2024 - Tindakan kurang ajar seorang pengurus pengawal keselamatan memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis di Balai Polis (BP) Bukit Jelutong, empat tahun lalu membawa padah apabila dia didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

Majistret Farah Rosnan menjatuhi hukuman itu selepas tertuduh, B. Paramver Singh, 38, mengaku bersalah atas dua pertuduhan dihadapinya.

Sekiranya gagal membayar denda, tertuduh diperintahkan menjalani penjara selama empat bulan. Tertuduh membayar denda.

Mengikut pertuduhan, Paramver didakwa dengan sengaja menghalang seorang anggota polis daripada menjalankan tugasnya dengan cara enggan memberi pengenalan diri dan memaki hamun.

Semua perbuatan itu dilakukan di Pejabat Pertanyaan BP Bukit Jelutong pada pukul 5 petang, 2 September 2020.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM500 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of text
ArticlePublished 23 Apr 2024 1.48 AMUpdated 15 Aug 2026 8.18 PM