Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Update Keratan Akhbar Pilihan Mengaku Ancam Agong Pekebun Kelapa Sawit Didenda Rm12 000

Published: 23 Apr 2024 4.54 AM Updated: 15 Aug 2026 8.18 PM
Pekebun kelapa sawit didenda RM12,000 oleh Mahkamah Seksyen di sini, semalam kerana membuat hantaran mengancam untuk menjatuhkan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) menerusi Facebook, tahun lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-keratan-akhbar-pilihan-mengaku-ancam-agong-pekebun-kelapa-sawit-didenda-rm12-000
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:25 MYT
Kuala Lumpur, 23 April 2024 - Pekebun kelapa sawit didenda RM12,000 oleh Mahkamah Seksyen di sini, semalam kerana membuat hantaran mengancam untuk menjatuhkan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) menerusi Facebook, tahun lalu.

Bapa empat anak itu, Samsuri Ramli, 45, membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Mahkamah juga memerintahkan Samsuri dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda terbabit.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu selaku Orang Kena Saman secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang mengancam sifatnya dalam bentuk gambar visual 'PN (Perikatan Nasional) Best Amaran Anak Muda Kepada YDPA, turunkan Anwar (Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim) atau kami turunkan Agong' dengan niat menyakitkan hati orang lain.

Kesalahan didakwa dilakukan melalui aplikasi "Facebook" dengan menggunakan profil 'SamBanjar Perak' pada jam 5.33 petang, 13 Ogos 2023, yang kemudian dibaca di sebuah kondominium di Jalan Tong Shin, Bukit Bintang, jam 9 malam hari sama.

Pertuduhan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 5 people and text that says 'Olch Roslan surayaroslan@ mediapri- ma.com.my Kuala Lumpur ekebun kelapa sawit didenda didenda yen . Samsur
ArticlePublished 23 Apr 2024 4.54 AMUpdated 15 Aug 2026 8.18 PM