Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Update Keratan Akhbar Pilihan Lelaki Tunjuk Anu Pada Wanita Ditahan

Diterbitkan: 08 Sep 2023 2.54 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Bukit Mertajam, 8 September 2023 - Akhirnya, individu berusia 50-an yang berperangai tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluan kepada seorang wanita, ditahan polis di sebuah premis di Jalan Aston di sini, jam 3.30 petang kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-keratan-akhbar-pilihan-lelaki-tunjuk-anu-pada-wanita-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:01 MYT
Bukit Mertajam, 8 September 2023 - Akhirnya, individu berusia 50-an yang berperangai tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluan kepada seorang wanita, ditahan polis di sebuah premis di Jalan Aston di sini, jam 3.30 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Tan Cheng San berkata, suspek ditahan susulan laporan polis diterima berkaitan perbuatan terbabit.

“Mangsa yang juga wanita tampil membuat laporan polis susulan insiden itu.

“Suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya pada kenyataan, semalam.

Selasa lalu, media melaporkan, polis mengesan seorang lelaki yang berkelakuan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluan kepada seorang wanita di parkir di sebuah restoran makanan segera di Alma, di sini.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text
ArtikelDiterbitkan 08 Sep 2023 2.54 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM