
Article
Update Keratan Akhbar Pilihan Lelaki Larikan Dua Kanak Kanak Perempuan Sudah Ditahan
Polis mengesahkan telah menahan seorang lelaki selepas terlibat dalam kes melarikan dua kanak-kanak di Jeram pada Jumaat. Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Sel...
Kuala Selangor, 22 Julai 2024 - Polis mengesahkan telah menahan seorang lelaki selepas terlibat dalam kes melarikan dua kanak-kanak di Jeram pada Jumaat.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Selangor, DSP Mohd Ambia Nordin berkata, suspek ditahan di sebuah rumah di Jeram kira-kira jam 2.40 pagi Ahad.
"Suspek memberi kerjasama dan tidak cuba melarikan diri ketika ditahan polis," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Mohd Ambia berkata, semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
“Hasil ujian saringan air kencing ke atas lelaki itu bagaimanapun didapati negatit dadah," jelasnya.