Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Update Keratan Akhbar Pilihan Lelaki Larikan Dua Kanak Kanak Perempuan Sudah Ditahan

Diterbitkan: 22 Jul 2024 2.22 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Polis mengesahkan telah menahan seorang lelaki selepas terlibat dalam kes melarikan dua kanak-kanak di Jeram pada Jumaat. Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Selangor, DSP Mohd Ambia Nordin berkata, suspek ditahan di sebuah rumah di Jeram kira-kira jam 2.40 pagi Ahad
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-keratan-akhbar-pilihan-lelaki-larikan-dua-kanak-kanak-perempuan-sudah-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:15 MYT
Kuala Selangor, 22 Julai 2024 - Polis mengesahkan telah menahan seorang lelaki selepas terlibat dalam kes melarikan dua kanak-kanak di Jeram pada Jumaat.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Selangor, DSP Mohd Ambia Nordin berkata, suspek ditahan di sebuah rumah di Jeram kira-kira jam 2.40 pagi Ahad.

Bagaimanapun, katanya, kes itu masih dalam siasatan dan sedang mengenal pasti motif dan modus operandi dilakukan suspek terlibat.

"Suspek memberi kerjasama dan tidak cuba melarikan diri ketika ditahan polis," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Mohd Ambia berkata, semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Hasil ujian saringan air kencing ke atas lelaki itu bagaimanapun didapati negatit dadah," jelasnya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.

May be an image of 1 person and text
ArtikelDiterbitkan 22 Jul 2024 2.22 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM