Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Update Keratan Akhbar Pilihan Guru Madrasah Dituduh Cederakan Fizikal Emosi Murid

Diterbitkan: 21 Nov 2023 2.34 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Seorang guru madrasah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Baling di sini, semalam atas pertuduhan mencederakan fizikal dan emosi muridnya yang berusia lapan tahun pada 11 November lalu
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-keratan-akhbar-pilihan-guru-madrasah-dituduh-cederakan-fizikal-emosi-murid
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:16 MYT
Sik, 21 November 2023 - Seorang guru madrasah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Baling di sini, semalam atas pertuduhan mencederakan fizikal dan emosi muridnya yang berusia lapan tahun pada 11 November lalu.

Tertuduh Amirul Hakim Johari, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Najwa Che Mat.

Mengikut pertuduhan, Amirul Hakim didakwa menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi terhadap seorang kanak-kanak lelaki itu di Madrasah Baituttaqwa Warahmah di Kampung Durian Burung di sini, pada 11 November lalu.

Tertuduh yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor itu didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 3 people, slow loris and text
ArtikelDiterbitkan 21 Nov 2023 2.34 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM