
Artikel
Update Keratan Akhbar Pilihan Guru Madrasah Dituduh Cederakan Fizikal Emosi Murid
Seorang guru madrasah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Baling di sini, semalam atas pertuduhan mencederakan fizikal dan emosi muridnya yang berusia lapan tahun pa...
Sik, 21 November 2023 - Seorang guru madrasah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Baling di sini, semalam atas pertuduhan mencederakan fizikal dan emosi muridnya yang berusia lapan tahun pada 11 November lalu.
Tertuduh Amirul Hakim Johari, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Najwa Che Mat.
Tertuduh yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor itu didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
Jika sabit kesalahan tertuduh boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali.