Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Update Keratan Akhbar Pilihan Bapa Budak Umur 12 Tahun Pandu Kereta Akan Didakwa

Published: 04 Aug 2024 3.01 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Sepang, 4 Ogos 2024 - Bapa dan anak berusia 12 tahun yang tular memandu kereta dengan membawa dua adiknya di kawasan Taman Putra Impiana di Puchong akan didakwa berkaitan kesalahan itu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-keratan-akhbar-pilihan-bapa-budak-umur-12-tahun-pandu-kereta-akan-didakwa
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:22 MYT
Sepang, 4 Ogos 2024 - Bapa dan anak berusia 12 tahun yang tular memandu kereta dengan membawa dua adiknya di kawasan Taman Putra Impiana di Puchong akan didakwa berkaitan kesalahan itu.
Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kes tersebut sudah menerima arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk dilaksanakan pertuduhan.
"Kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 39(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Bapanya akan dituduh mengikut Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Pada Rabu, media melaporkan siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 serta Seksyen 39(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Berikutan itu, polis merekodkan keterangan tujuh individu termasuk bapa kanak-kanak terbabit yang berusia 53 tahun dan merupakan seorang peniaga.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian

 
ArticlePublished 04 Aug 2024 3.01 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM