
Artikel
Update Keratan Akhbar Pilihan Bapa Budak Umur 12 Tahun Pandu Kereta Akan Didakwa
Sepang, 4 Ogos 2024 - Bapa dan anak berusia 12 tahun yang tular memandu kereta dengan membawa dua adiknya di kawasan Taman Putra Impiana di Puchong akan didakw...
Sepang, 4 Ogos 2024 - Bapa dan anak berusia 12 tahun yang tular memandu kereta dengan membawa dua adiknya di kawasan Taman Putra Impiana di Puchong akan didakwa berkaitan kesalahan itu.
Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kes tersebut sudah menerima arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk dilaksanakan pertuduhan.
Pada Rabu, media melaporkan siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 serta Seksyen 39(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Berikutan itu, polis merekodkan keterangan tujuh individu termasuk bapa kanak-kanak terbabit yang berusia 53 tahun dan merupakan seorang peniaga.