
Artikel
Update Keratan Akhbar Pilihan Bapa Abang Penyerang Balai Polis Ulu Tiram Kena Penjara 30 Tahun
Kuala Lumpur, 28 April 2026 - Bapa dan abang kepada penyerang Balai Polis Ulu Tiram dijatuhi hukuman penjara 30 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam sel...
Kuala Lumpur, 28 April 2026 - Bapa dan abang kepada penyerang Balai Polis Ulu Tiram dijatuhi hukuman penjara 30 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam selepas menukar pengakuan semasa prosiding hari kelima berkaitan ideologi keganasan.
Radin Imran Radin Mohd Yassin, 64, dan anak sulungnya, Radin Romyullah, 36, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan semula di depan Hakim, Nurulhuda Nur‘aini Mohamad Nor.
Isteri Radin Imran iaitu Rosna Jantan, 61, pula dihukum penjara empat tahun.
Mahkamah memerintahkan semua hukuman itu berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap pada 17 Mei 2024.
Bagaimanapun, dua lagi tertuduh iaitu anak pasangan itu, Mariah, 21, dan Farhah Sobrina, 25, dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan berkenaan.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.