Article
Update Insiden Tembak Klia Suspek Ada Rekod Jenayah Lampau Pengarah Jsj
Sepang, 14 April 2024 - Polis sahkan suspek yang terlibat dalam insiden tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi tadi mempunyai...
Sepang, 14 April 2024 - Polis sahkan suspek yang terlibat dalam insiden tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi tadi mempunyai tiga rekod jenayah lampau.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, mangsa sebelum ini pernah membuat dua laporan polis selepas menerima ugutan daripada suspek.
“Mengambil kira insiden yang terakhir itu membuatkan isteri mangsa menggajikan pengawal peribadi.
“Suspek juga mempunyai satu lagi kes mencuri dan menyamar sebagai penjawat awam jadi dia memang ada rekod jenayah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media di balai ketibaan Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
Mengulas lanjut, suspek terdahulu bertindak melemparkan mercun yang turut mencederakan dua orang awam.
Suspek kemudian bertindak nekad melepaskan dua das tembakan terhadap isteri mangsa pada jarak antara tiga hingga empat meter.
Tembakan bagaimanapun mengenai salah seorang pengawal peribadi mangsa di bahagian perut yang ketika ini masih dalam keadaan kritikal.
