
Artikel
Update Artikel Pilihan Wanita Teman Lelaki Hina Islam Dituduh Esok
Wanita yang menghina Islam dalam program dianjurkan sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) akan didakwa di mahkamah bersama teman lelakinya, esok.
Kuala Lumpur, 12 Julai 2022 - Wanita yang menghina Islam dalam program dianjurkan sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) akan didakwa di mahkamah bersama teman lelakinya, esok.
Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata kertas siasatan berhubung kes itu sudah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara.
"Polis mendapat arahan untuk menuduh suspek wanita itu mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan, manakala teman lelakinya pula mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, DCP Dato’ Hjh. Noorsiah berkata, reman terhadap wanita berkenaan juga disambung sehari lagi bagi membantu siasatan lanjut.
"Reman terhadap wanita itu yang tamat hari ini disambung selama sehari sehingga esok," katanya.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../wanita-teman-lelaki-hina...
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di: