
Artikel
Update Artikel Pilihan Visa Furada Laporan Kerugian Hampir Rm4 Juta
Polis sudah menerima 72 laporan kes penipuan pakej haji membabitkan kerugian RM3.95 juta. Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin, be...
Kuala Lumpur, 12 Julai 2022 - Polis sudah menerima 72 laporan kes penipuan pakej haji membabitkan kerugian RM3.95 juta.
Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata 13 kertas siasatan sudah dibuka setakat ini.
"Polis di Kuala Lumpur merekodkan jumlah tertinggi dengan 24 laporan, membabitkan kerugian RM1.24 juta. Ini diikuti Selangor dengan 14 laporan (RM404,000) dan Pahang dengan 13 laporan membabitkan kerugian RM1.61juta.
"Sementara itu Kelantan, Johor dan Perak masing-masing menerima lima laporan dengan jumlah kerugian RM209,000 (Kelantan), RM176,00 (Johor) dan RM171,000 (Perak)," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,
Sumber: Berita Harian Online
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di: