Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Update Artikel Pilihan Teman Lelaki Wanita Komediri Turut Didakwa

Published: 13 Jul 2022 12.49 PM Updated: 17 Jul 2026 2.23 AM
Petaling Jaya, 13 Julai 2022 - Teman lelaki kepada wanita yang didakwa menanggalkan baju dan tudungnya di sebuah kelab komedi baru-baru ini, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memuat naik hantaran jelik di media sosial dengan niat menyakitkan hati.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-artikel-pilihan-teman-lelaki-wanita-komediri-turut-didakwa
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:19 MYT
Petaling Jaya, 13 Julai 2022 - Teman lelaki kepada wanita yang didakwa menanggalkan baju dan tudungnya di sebuah kelab komedi baru-baru ini, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memuat naik hantaran jelik di media sosial dengan niat menyakitkan hati.

V Alexander Navin, 38, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan berasingan di hadapan Hakim Azrul Darus.

Bagi pertuduhan pertama, Alexander didakwa pada 5 Jun lalu memuat naik hantaran menyakitkan hati di akaun Twitter 'greenleafyconnoiseur' dan di pautan Instagram dengan niat menyakitkan hati orang lain.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Perdana View Condominium, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu dituduh membuat dan memulakan penghantaran dengan menggunakan perkhidmatan komunikasi yang jelik sifatnya di aplikasi YouTube pada 16 Jun lalu di tempat yang sama dan melakukan kesalahan mengikut seksyen yang sama.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../teman-lelaki-wanita...

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#13072022
ArticlePublished 13 Jul 2022 12.49 PMUpdated 17 Jul 2026 2.23 AM