Article
Update Artikel Pilihan Teman Lelaki Wanita Hina Islam Turut Ditahan
Kuala Lumpur, 11 Julai 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan teman lelaki kepada wanita yang disiasat kerana menghina Islam di sebuah kelab komedi tu...
Kuala Lumpur, 11 Julai 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan teman lelaki kepada wanita yang disiasat kerana menghina Islam di sebuah kelab komedi turut ditahan untuk membantu siasatan.
Tangkapan dilakukan pasukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, semalam.
"Bagi suspek wanita yang ditahan pada 9 Julai lalu, permohonan sambung reman akan dibuat memandangkan tempoh reman ke atasnya akan tamat esok.
"Kertas siasatan akan segera dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dengan cadangan pertuduhan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Siasatan oleh USJT dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
