Artikel
Update Artikel Pilihan Suspek Akan Ditahan Reman Esok
Kota Bharu, 15 April 2024 - Suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, sebelum dita...
Kota Bharu, 15 April 2024 - Suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, sebelum ditahan di Jalan Bayam, di sini, petang tadi, akan dibawa ke Mahkamah Kota Bharu, pagi esok untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
"Suspek dalam keadaan sihat dan ok secara fizikalnya. Bagi kita masa untuk kumpul segala maklumat sebelum kita kongsi dengan pihak media.
"Esok jam 9.30 pagi kita akan membuat sidang media. Bagi kita jalankan siasatan dulu," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini, hari ini.
Terdahulu, suspek, Hafizul Hawari, ditahan di Jalan Bayam jam 3 petang tadi selepas 36 jam melarikan diri.
Suspek ditahan di hadapan sebuah hospital swasta oleh Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) JSJ Kontinjen Kelantan.
Sumber: Berita Harian
