Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Update Artikel Pilihan Suspek Akan Ditahan Reman Esok

Published: 15 Apr 2024 1.49 PM Updated: 15 Aug 2026 8.19 PM
Kota Bharu, 15 April 2024 - Suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, sebelum ditahan di Jalan Bayam, di sini, petang tadi, akan dibawa ke Mahkamah Kota Bharu, pagi esok untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-artikel-pilihan-suspek-akan-ditahan-reman-esok
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:15 MYT
Kota Bharu, 15 April 2024 - Suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, sebelum ditahan di Jalan Bayam, di sini, petang tadi, akan dibawa ke Mahkamah Kota Bharu, pagi esok untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata suspek berusia 38 tahun itu berada dalam keadaan sihat.
"Suspek dalam keadaan sihat dan ok secara fizikalnya. Bagi kita masa untuk kumpul segala maklumat sebelum kita kongsi dengan pihak media.
"Esok jam 9.30 pagi kita akan membuat sidang media. Bagi kita jalankan siasatan dulu," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini, hari ini.
Terdahulu, suspek, Hafizul Hawari, ditahan di Jalan Bayam jam 3 petang tadi selepas 36 jam melarikan diri.

Suspek ditahan di hadapan sebuah hospital swasta oleh Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) JSJ Kontinjen Kelantan.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../kes-tembakan-klia-suspek...

Sumber: Berita Harian

Update Artikel Pilihan Suspek Akan Ditahan Reman Esok
ArticlePublished 15 Apr 2024 1.49 PMUpdated 15 Aug 2026 8.19 PM