Artikel
Update Artikel Pilihan Surat Palsu Guna Nama Tpm Polis Tahan Pengawal Keselamatan Kpn
Kuala Lumpur, 17 November 2024 - Seorang pengawal keselamatan yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes surat tawaran kerja palsu menggunakan nama Timbalan Perd...
Kuala Lumpur, 17 November 2024 - Seorang pengawal keselamatan yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes surat tawaran kerja palsu menggunakan nama Timbalan Perdana Menteri (TPM), Dato’ Sri Hj. Fadillah Hj. Yusof ditahan semalam di pondok pengawal sebuah premis kerajaan di Samarahan, Sarawak.
Beliau berkata tangkapan dibuat berikutan laporan polis oleh seorang lelaki pada 15 Oktober lepas mendakwa menerima surat tawaran kerja daripada lelaki terbabit yang mendakwa sebagai pegawai setiausaha di pejabat TPM.
“Siasatan awal mendapati pengadu mengenali suspek pada Julai lepas dan mendakwa dia (suspek) adalah pengiring rapat kepada TPM. Disebabkan yakin dan percaya, pengadu menyerahkan dokumen peribadi sebelum suspek menyerahkan kepadanya dua surat iaitu perlantikan sebagai pegawai setiausaha pejabat dan permohonan kuarters kerajaan.
“Hasil semakan dengan rakan kakak pengadu mengesahkan bahawa kedua-dua surat berkenaan tidak wujud dan membuat laporan polis kerana rasa tertipu dan bimbang dokumen itu disalahgunakan dengan tujuan menyalahi undang-undang,” katanya ketika dihubungi.