Artikel
Update Artikel Pilihan Reman Lelaki Israel Disambung Tujuh Hari Kpn
Seorang lelaki warga Israel yang ditahan kerana memiliki enam pucuk pistol bersama 200 butir peluru disambung reman selama tujuh hari bermula Ahad.
Kuala Lumpur, 7 April 2024 - Seorang lelaki warga Israel yang ditahan kerana memiliki enam pucuk pistol bersama 200 butir peluru disambung reman selama tujuh hari bermula Ahad.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, reman terhadap Shalom Avitan, 38 tahun, disambung selepas tempoh tahanan reman ke atasnya sebelum ini berakhir pada Ahad.
"Kita masih memerlukan sedikit masa dalam mengumpulkan segala bukti kukuh berkaitan suspek utama (Shalom) dan pasangan suami isteri warga tempatan yang turut disambung reman pada Jumaat lalu," katanya ketika dihubungi pada Ahad.