Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Update Artikel Pilihan Peniaga Didenda Rm23 000 Buat Komen Jelik Nahas Helikopter Minta Maaf Atas Kesalahan

Diterbitkan: 27 Apr 2024 4.27 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.16 PM
Taiping, 27 April 2024 - Seorang peniaga dalam talian yang mengeluarkan komen jelik berhubung nahas dua helikopter terhempas semasa menjalani latihan di ruang udara Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, 23 April lepas, didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-artikel-pilihan-peniaga-didenda-rm23-000-buat-komen-jelik-nahas-helikopter-minta-maaf-atas-kesalahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 23:42 MYT
Taiping, 27 April 2024 - Seorang peniaga dalam talian yang mengeluarkan komen jelik berhubung nahas dua helikopter terhempas semasa menjalani latihan di ruang udara Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, 23 April lepas, didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini semalam.

Hakim Nabisha Ibrahim menjatuhkan hukuman itu ke atas Saifuddin Shafik, 35, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu dan mengarahkannya dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda.

"Hukuman ini diharap jadi pengajaran kepada kamu supaya tidak mengulangi kesalahan begini dan orang awam supaya lebih berhati-hati dalam penggunaan media sosial. Gunakan media sosial secara berhemah," kata hakim itu.
Saifuddin turut membuat permohonan maaf atas perbuatannya kepada ahli keluarga mangsa, pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan orang awam secara terbuka di dalam mahkamah.

"Semasa buat hantaran itu saya sedar, saya amat menyesali perbuatan saya dan tidak mungkin bagi saya membuat hantaran tersebut sekiranya saya tidak ada penyakit bipolar.

"Di sini saya minta maaf secara tulus ikhlas kepada ahli keluarga mangsa, pihak ATM dan mana-mana orang awam yang terkesan dengan hantaran saya," katanya yang membayar denda itu.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...
Sumber: BERNAMA

Update Artikel Pilihan Peniaga Didenda Rm23 000 Buat Komen Jelik Nahas Helikopter Minta Maaf Atas Kesalahan
ArtikelDiterbitkan 27 Apr 2024 4.27 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.16 PM