Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Update Artikel Pilihan Penganggur Dipenjara Dan Didenda Buat Komunikasi Jelik Terhadap Sultan Selangor

Published: 06 Sep 2023 9.00 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 6 September 2023 - Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah membuat dan menghantar komunikasi jelik terhadap Sultan Selangor serta gagal memberikan kata laluan di laman Facebook miliknya.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-artikel-pilihan-penganggur-dipenjara-dan-didenda-buat-komunikasi-jelik-terhadap-sultan-selangor
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:11 MYT
Kuala Lumpur, 6 September 2023 - Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah membuat dan menghantar komunikasi jelik terhadap Sultan Selangor serta gagal memberikan kata laluan di laman Facebook miliknya.

Hakim N. Priscilla Hemamalini turut memerintahkan Mohamad Azlan Ibrahim, 47 tahun, selaku Orang Kena Saman (OKS) menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini atau dipenjara tiga bulan jika OKS gagal membayar denda.

Mohamad Azlan, yang memakai jaket dan kopiah hitam dilihat membaca al-Quran semasa berada di galeri awam sebelum prosiding bermula.

Bagi pertuduhan pertama, Mohamad Azlan didakwa membuat hantaran komunikasi jelik terhadap sultan dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain di Facebooknya, menggunakan laman profil "Iman Mustaqim" pada 28 Ogos lepas dan pautan itu kemudian dilihat di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman di sini pada 11.37 pagi, 29 Ogos.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut: https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA
ArticlePublished 06 Sep 2023 9.00 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM