Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Update Artikel Pilihan Pemilik Kelab Komedi Didakwa Buat Hantaran Video Sentuh Sensitiviti Kaum Di Media Sosial

Diterbitkan: 22 Jul 2022 11.52 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 22 Julai 2022 - Seorang pemilik kelab komedi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tiga pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video yang menyentuh sensitiviti kaum dalam aplikasi Facebook, Instagram dan TikTok.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-artikel-pilihan-pemilik-kelab-komedi-didakwa-buat-hantaran-video-sentuh-sensitiviti-kaum-di-media-sosial
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:39 MYT
Kuala Lumpur, 22 Julai 2022 - Seorang pemilik kelab komedi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tiga pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video yang menyentuh sensitiviti kaum dalam aplikasi Facebook, Instagram dan TikTok.
Bagaimanapun, Mohamad Rizal Johan Van Geyzel, 39, yang memakai kemeja berwarna putih dan berseluar biru muda, selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nor Hasniah Ab Razak.
Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, lelaki itu didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Facebook menggunakan nama profil ‘Rizal van Geyzel, Instagram ‘rizalvangeyzel’ dan TikTok ‘rizalvangeyzel’, antara 4 hingga 6 Julai 2022.
Ketiga-tiga hantaran itu dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Tingkat 27, Menara KPJ di sini, pada 1.17 tengah hari, 13 Julai lepas.
Ketiga-tiga pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan, jika disabitkan kesalahan.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...
Sumber: BERNAMA

Pemilik kelab komedi didakwa buat hantaran video sentuh sensitiviti kaum di media sosial

BERNAMA.COM
Pemilik kelab komedi didakwa buat hantaran video sentuh sensitiviti kaum di media sosial
mahkamah, video, hantaran, sensitiviti, pemilik ke
 
ArtikelDiterbitkan 22 Jul 2022 11.52 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM