Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Update Artikel Pilihan Lelaki Tular Pukul Anak Tiri Serah Diri

Published: 13 Mar 2022 1.42 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Shah Alam, 13 Mac 2022 - Seorang lelaki yang tular memukul anak tirinya berusia lima tahun menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini pada Sabtu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-artikel-pilihan-lelaki-tular-pukul-anak-tiri-serah-diri
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:53 MYT

Shah Alam, 13 Mac 2022 - Seorang lelaki yang tular memukul anak tirinya berusia lima tahun menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini pada Sabtu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol berkata, suspek hadir ke IPD Shah Alam sekitar jam 12.30 tengah malam semalam dan ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah.

"Suspek direman tiga hari mulai Sabtu dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 31(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan pihak polis sedang memburu suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun.

Laporan dibuat oleh seorang wanita yang merupakan ibu kepada kanak-kanak berumur lima tahun tersebut pada 11 Mac lalu.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../Lelaki-tular-pukul...

Sumber: Sinar Harian

ArticlePublished 13 Mar 2022 1.42 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM