Artikel
Update Artikel Pilihan Lebih 15 Akaun Bank Dibekukan Siasatan Pengasas Bersama Bergelar Datuk
Kuala Lumpur, 21 Oktober 2023 - Polis sudah membekukan lebih 15 akaun bank bernilai hampir RM5 juta dalam siasatan berhubung isu penggubahan wang haram yang di...
Kuala Lumpur, 21 Oktober 2023 - Polis sudah membekukan lebih 15 akaun bank bernilai hampir RM5 juta dalam siasatan berhubung isu penggubahan wang haram yang dikaitkan dengan seorang pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan tambang murah bergelar 'Datuk'.
Mengesahkan perkembangan itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata pihaknya akan mengambil beberapa tindakan selepas ini susulan menemui beberapa maklumat penting.
"Siasatan masih berjalan dan setakat ini lebih 15 akaun yang dikaitan dengan inidividu dalam kes itu akan dibekukan oleh polis," katanya, di sini, hari ini.
Rabu lalu, polis menahan seorang pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan bergelar Datuk serta isteri dan anak lelakinya.
Mereka ditahan bagi membantu siasatan bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Sumber: Berita Harian Online
