Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Update Artikel Pilihan Kpn Berjaya Dapat Injunksi Papagomo Diarah Padamkan Kenyataan Video Berunsur Fitnah

Diterbitkan: 31 Dec 2024 6.40 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 31 Disember 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berjaya mendapatkan perintah injunksi untuk menghalang blogger, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo daripada terus mengeluarkan kenyataaan berunsur fitnah terhadapnya.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-artikel-pilihan-kpn-berjaya-dapat-injunksi-papagomo-diarah-padamkan-kenyataan-video-berunsur-fitnah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:28 MYT
Kuala Lumpur, 31 Disember 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berjaya mendapatkan perintah injunksi untuk menghalang blogger, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo daripada terus mengeluarkan kenyataaan berunsur fitnah terhadapnya.

Perintah injunksi dipohon Tan Sri Razarudin adalah berkaitan kes saman fitnah difailkannya pada 26 Disember lalu, berhubung kenyataan Papagomo yang melabelkan dirinya sebagai pelacur banduan terhormat dan penjilat kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Pada prosiding di Mahkamah Tinggi hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman Gan Techiong membenarkan permohonan injuksi berkenaan selepas mendapati bahawa Tan Sri Razarudin menunjukkan wujudnya isu yang serius dan perlu dibicarakan.

Techiong dengan itu mengeluarkan perintah injunksi ex-parte (satu pihak) yang melarang dan menghalang Papagomo daripada menerbitkan atau menyiarkan kenyataan fitnah di semua platform media sosial yang ditujukan kepada Tan Sri Razarudin sehingga perbicaraan kes saman itu diputuskan.

Selain itu, beliau juga mengeluarkan perintah injunksi ex-parte yang melarang dan menghalang Papagomo daripada menerbitkan atau menyebabkan penerbitan semula kenyataan, video dan status serta komen atau sebarang bentuk rujukan kepada plaintif.
Bacaan lanjut seperti di pautan seperti berikut,

ArtikelDiterbitkan 31 Dec 2024 6.40 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM