Artikel
Update Artikel Pilihan Kes Warga Israel Tujuh Lagi Masih Dalam Tahanan Reman Kpn
Kuala Lumpur, 12 April 2024 - Tujuh individu masih dalam tahanan reman bagi membantu siasatan berhubung penahanan seorang lelaki warga Israel bersama enam senj...
Kuala Lumpur, 12 April 2024 - Tujuh individu masih dalam tahanan reman bagi membantu siasatan berhubung penahanan seorang lelaki warga Israel bersama enam senjata api dan lebih 200 peluru di Jalan Ampang, di sini, pada 27 Mac lalu.
"Lelaki warga Israel berkenaan mengaku tidak bersalah atas pendakwaan dibuat terhadapnya di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua pertuduhan memperdagangkan enam senjata api dan memiliki 158 peluru.
"Walaupun dia sudah dituduh atas pemilikan senjata api, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti motif sebenar kerana terdapat suspek masih belum ditahan yang boleh membantu mengetahui motif," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Sumber: Berita Harian
