Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Update Artikel Pilihan Kes Warga Israel Tujuh Lagi Masih Dalam Tahanan Reman Kpn

Diterbitkan: 12 Apr 2024 1.17 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.19 PM
Kuala Lumpur, 12 April 2024 - Tujuh individu masih dalam tahanan reman bagi membantu siasatan berhubung penahanan seorang lelaki warga Israel bersama enam senjata api dan lebih 200 peluru di Jalan Ampang, di sini, pada 27 Mac lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-artikel-pilihan-kes-warga-israel-tujuh-lagi-masih-dalam-tahanan-reman-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:36 MYT
Kuala Lumpur, 12 April 2024 - Tujuh individu masih dalam tahanan reman bagi membantu siasatan berhubung penahanan seorang lelaki warga Israel bersama enam senjata api dan lebih 200 peluru di Jalan Ampang, di sini, pada 27 Mac lalu.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata dalam masa sama enam lagi individu yang ditahan berkaitan kes berkaitan sudah dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu siasatan dilengkapkan.
"Lelaki warga Israel berkenaan mengaku tidak bersalah atas pendakwaan dibuat terhadapnya di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua pertuduhan memperdagangkan enam senjata api dan memiliki 158 peluru.

"Walaupun dia sudah dituduh atas pemilikan senjata api, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti motif sebenar kerana terdapat suspek masih belum ditahan yang boleh membantu mengetahui motif," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../kes-warga-israel-tujuh...


Update Artikel Pilihan Kes Warga Israel Tujuh Lagi Masih Dalam Tahanan Reman Kpn
ArtikelDiterbitkan 12 Apr 2024 1.17 PMDikemas kini 15 Aug 2026 8.19 PM