Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Update Artikel Pilihan Hafizul Dipercayai Masih Berada Dalam Negara Kpn

Published: 14 Apr 2024 8.26 AM Updated: 15 Aug 2026 8.19 PM
Petaling Jaya, 14 April 2024 - Polis percaya suspek yang melepaskan tembakan ke arah isterinya sebelum terkena pengawal peribadi di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) masih berada di dalam negara.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-artikel-pilihan-hafizul-dipercayai-masih-berada-dalam-negara-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:46 MYT
Petaling Jaya, 14 April 2024 - Polis percaya suspek yang melepaskan tembakan ke arah isterinya sebelum terkena pengawal peribadi di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) masih berada di dalam negara.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, usaha mengesan suspek Hafizul Zarawi, 38 yang mempunyai tiga rekod lampau dan salah satunya dikehendaki polis giat dilakukan.

“Kita (polis) yakin dia masih di negara ini dan tidak pergi jauh. Usaha kesan suspek giat dilakukan,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain meminta suspek untuk tampil menyerah diri di mana-mana balai polis terdekat.
Lelaki berkenaan diminta berbuat demikian secara aman dan memberi kerjasama sementara polis giat mengesan suspek.

Polis juga ketika ini melancarkan operasi mengesan selain mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah di kawasan negeri berhampiran serta sempadan negara untuk menjejak suspek.

Dalam konteks ini, pihak polis mengenal pasti suspek sebagai bersenjata dan merbahaya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.utusan.com.my/.../tembakan-klia-hafizul.../

ArticlePublished 14 Apr 2024 8.26 AMUpdated 15 Aug 2026 8.19 PM