
Article
Update Artikel Pilihan Dua Pelajar Berkelahi Dipanggil Polis
Kota Bharu, 11 September 2023 - Dua pelajar sekolah akan dipanggil oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu bagi membantu siasatan kes kelahi yang tular di med...
Kota Bharu, 11 September 2023 - Dua pelajar sekolah akan dipanggil oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu bagi membantu siasatan kes kelahi yang tular di media sosial pada Ahad. Remaja berusia antara 14 hingga 15 tahun itu dipercayai dari salah sebuah sekolah menengah di Ketereh.
"Kejadian itu berlaku pada Khamis lalu sekitar jam 3 petang di kawasan Kampung Bukit Kecik, Melor," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Menurut beliau, kejadian itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara kedua-dua suspek. Ujarnya, kes disiasat bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang mana jika disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tempoh enam bulan atau dikenakan denda sehingga RM1,000 atau dengan kedua-duanya. ACP Mohd Rosdi memberitahu, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian terbabit.