Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Update Artikel Pilihan Dua Pelajar Berkelahi Dipanggil Polis

Diterbitkan: 11 Sep 2023 1.20 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kota Bharu, 11 September 2023 - Dua pelajar sekolah akan dipanggil oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu bagi membantu siasatan kes kelahi yang tular di media sosial pada Ahad. Remaja berusia antara 14 hingga 15 tahun itu dipercayai dari salah sebuah sekolah menengah di Ketereh.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-artikel-pilihan-dua-pelajar-berkelahi-dipanggil-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 21:48 MYT
Kota Bharu, 11 September 2023 - Dua pelajar sekolah akan dipanggil oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu bagi membantu siasatan kes kelahi yang tular di media sosial pada Ahad. Remaja berusia antara 14 hingga 15 tahun itu dipercayai dari salah sebuah sekolah menengah di Ketereh.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Rosdi Daud berkata, video berdurasi 46 saat itu telah dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook Inforoblock. "Rakaman itu memaparkan kejadian dua pelajar sekolah sedang berkelahi di kawasan tanah lapang dengan disaksikan oleh sekumpulan remaja lelaki yang lain.
"Kejadian itu berlaku pada Khamis lalu sekitar jam 3 petang di kawasan Kampung Bukit Kecik, Melor," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau, kejadian itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara kedua-dua suspek. Ujarnya, kes disiasat bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang mana jika disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tempoh enam bulan atau dikenakan denda sehingga RM1,000 atau dengan kedua-duanya. ACP Mohd Rosdi memberitahu, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian terbabit.

Sumber: Sinar Harian

 
ArtikelDiterbitkan 11 Sep 2023 1.20 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM