Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Update Artikel Pilihan 37 Sekolah Terima Ancaman Bom Palsu Kpn

Published: 22 Nov 2023 1.36 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 22 November 2023 - Polis Diraja Malaysia hari ini mengesahkan menerima laporan mengenai ancaman bom palsu di 37 sekolah di sembilan negeri.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-artikel-pilihan-37-sekolah-terima-ancaman-bom-palsu-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:13 MYT
Kuala Lumpur, 22 November 2023 - Polis Diraja Malaysia hari ini mengesahkan menerima laporan mengenai ancaman bom palsu di 37 sekolah di sembilan negeri.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, jumlah itu membabitkan satu sekolah swasta di Kedah, tiga sekolah antarabangsa (Pulau Pinang), dua sekolah antarabangsa (Perak), empat sekolah swasta dan 11 sekolah antarabangsa (Selangor).

"Enam sekolah antarabangsa (Kuala Lumpur), dua sekolah swasta (Negeri Sembilan), dua sekolah bantuan kerajaan dan empat sekolah antarabangsa (Johor), satu sekolah antarabangsa masing-masing di Sabah dan Sarawak," katanya kepada BH.

Semalam, Tan Sri Razarudin dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai ancaman bom palsu membabitkan 19 sekolah di enam negeri di Semenanjung.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../37-sekolah-terima-ancaman...

ArticlePublished 22 Nov 2023 1.36 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM