Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Undang Undang Baru Ganti Eo Terbaik Tangani Jenayah

Published: 17 Jun 2014 7.06 AM Updated: 15 Aug 2026 7.44 PM
Katanya, akta yang menggantikan EO nanti akan diperhalusi dengan mempamerkan alternatif terbaik untuk menangani masalah jenayah dan keganasan di negara ini. 'Saya minta pihak yang selalu mengatakan po..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/undang-undang-baru-ganti-eo-terbaik-tangani-jenayah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:14 MYT

Polis menyifatkan undang-undang baru yang bakal diperkenalkan bagi menggantikan Ordinan Daru-rat (EO) adalah yang terbaik dan mampu menangani masalah jenayah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata sehubungan itu, beliau meminta semua pihak termasuk mereka yang sering memperkecilkan kemampuan polis supaya menyokong penuh undang-undang yang akan dibentangkan itu.

Katanya, akta yang menggantikan EO nanti akan diperhalusi dengan mempamerkan alternatif terbaik untuk menangani masalah jenayah dan keganasan di negara ini. "Saya minta pihak yang selalu mengatakan polis tidak membuat kerja dan tidak menangani keganasan menyokong draf undang-undang baru yang akan dibentangkan oleh Kementerian Dalam Ne-geri (KDN). Kemuka cadangan

"Jangan hanya suka membangkang kerana usaha ini adalah demi kesejahteraan awam. Saya amat berharap mereka akan memberi sokongan " katanya selepas merasmikan Program Kemasyarakatan di Flat Desa Mentari, di sini semalam.

SUMBER : BERITA HARIAN

Undang Undang Baru Ganti Eo Terbaik Tangani Jenayah

ArticlePublished 17 Jun 2014 7.06 AMUpdated 15 Aug 2026 7.44 PM