Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tragedi Nafsu Memecut Polis Buka Kertas Siasatan

Published: 21 Jan 2019 12.37 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Polis melakukan siasatan menyeluruh termasuk dakwaan kemungkinan dua kenderaan yang kemalangan di Kilometer 4, Jambatan Pulau Pinang di sini, semalam, disyaki berlumba.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tragedi-nafsu-memecut-polis-buka-kertas-siasatan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:45 MYT

Polis melakukan siasatan menyeluruh termasuk dakwaan kemungkinan dua kenderaan yang kemalangan di Kilometer 4, Jambatan Pulau Pinang di sini, semalam, disyaki berlumba.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna putih terjunam ke dalam laut selepas berlanggar dengan kereta Toyota Vios yang terbabas ke lorong kanan menghala ke Seberang Prai, Usaha mencari kenderaan itu masih diteruskan dan turut menggunakan khidmat empat penyelam daripada Pasukan Polis Marin (PPM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata, sehingga jam 6 petang, kenderaan dan pemandunya masih belum ditemui.

"Pencarian masih diteruskan dan kami menggunakan khidmat empat penyelam daripada Pasukan Polis Marin (PPM), dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) untuk mengesan mangsa.

"Sekiranya kenderaan ini berjaya ditemui, pihak berkuasa jambatan akan membantu menarik keluar kenderaan menggunakan kren," katanya.

Kami juga mengesahkan rakaman kemalangan itu yang tular sejak pagi ini.

Smentara itu, laporan orang hilang yang dibuat seorang bapa membolehkan identiti pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) putih yang terlibat dalam nahas itu.

Bacaan lanjut : Harian Metro, halaman 6

ArticlePublished 21 Jan 2019 12.37 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM